Saturday, July 24, 2010

Berakhirnya Sebuah Perjalanan, Bermulalah Satu Pengembaraan

Tuah ayam nampak di kaki,
Tuah manusia siapa yang tahu.
Itulah peribahasa yang dapat saya kaitkan dengan situasi saya sekarang.

Memang menjadi impian saya untuk melanjutkan
pelajaran ke Menara Gading.
Lagi best kalau dapat sambung pelajaran di IPTA kerana untuk meloloskan diri dalam IPTA adalah sukar jika hendak dibandingkan dengan IPTS.
Masyarakat juga lebih memandang tinggi para lepasan
Siswa & Siswi dari IPTA.
Mungkin tanggapan mereka Siswa & Siswi dari IPTS ini hanya bersandarkan kepada
duit semata-mata untuk menggengam segulung ijazah.
Tapi setelah saya bergelar pelajar UNISEL, saya boleh menyangkal 100% kepada mereka yang beranggapan begitu.
Ilmu tidak terletak pada duit, tetapi pada usaha dan semangat untuk menperolehi sesuatu ilmu tersebut.


This is absolutely off-topic!!
Bukan niat nak membandingkan pelajar dari IPTA & IPTS.
Tetapi untuk menceritakan nasib saya yang
bakal berubah dalam masa sebulan.


Hari Sabtu ni memang tenang & sunyi kerana
ramai housemate & jiran yang balik.
Pagi yang hening ini telah dikejutkan dengan berita daripada
abang saya yang memberitahu bahawa saya menerima
tawaran bekerja di dalam jabatan kerajaan.
Perasaan gembira memang tidak dapat disembunyikan
sehingga saya menangis kegembiraan.
Tanpa perasaan ragu, saya terus membuat keputusan
untuk berhenti belajar dan bekerja.


Setelah panggilan telefon diputuskan, saya pun memberitahu khabar gembira ini kepada Kak Anis yang pelik melihat tingkah laku aku tadi.
Setelah habis berkata-kata, baru aku sedar.
Berhenti belajar bererti aku akan meninggalkan UNISEL
dan juga rakan seperjuanganku di sini.
Aku terkedu..
Perasaan gembira tadi bercampur baur dengan
perasaan sedih dan berat hati.


Berat hati ini ingin memberitahu khabar gembira bagi aku
tetapi khabar buruk bagi rakan seperjuanganku.
Aku seakan dapat mengagak reaksi yang akan diberikan oleh 2 rakan baikku di UNISEL,
Fara dan Atul.


Tetapi walau apa pun yang terjadi, aku tahu mereka
pasti akan menyokong keputusanku ini.

No comments:

Post a Comment