Sekejap je masa berlalu, dari belajar di tadika ke sekolah.
Habis zaman persekolahan, kita sambung belajar di universiti pula.
Walaupun kedua-dua tempat ini membekalkan
diri kita dengan ilmu pengetahuan,
tetapi suasana dan pengalamannya adalah 100% berbeza.
Tahniah kepada saudaraku, Khairul Aiman yang telah berjaya menamatkan pengajian
dalam bidang undang-undang di UITM Shah Alam.
Semoga apa yang dipelajari di UITM dapat dipraktikkan di dunia luar.
I am really proud of you.
Saya berpeluang untuk menyaksikan majlis graduasi
beliau bersama-sama keluarga serta nenda saya.
Tetapi hanya 2 orang dari satu keluarga
dibenarkan untuk memasuki dewan graduasi.
Jadi saya hanya duduk di luar dewan dan
menyaksikan majlis itu dari televisyen.
Suasana graduasi itu betul-betul menyemarakkan semangat saya untuk belajar bersungguh-sungguh apatah lagi apabila nama Siswa/Siswi yang memperolehi anugerah Dekan telah disebut secara lantang dan tepukan yang gemuruh memenuhi ruang legar dewan itu.
Melihat majlis graduasi ini sememangnya telah menguatkan impian saya untuk menyarungkan
jubah graduasi serta mengenggam segulung ijazah.
Semoga masa itu akan tiba untuk saya, Amin~
Graduan-graduan tidak dibenarkan keluar dari
dewan sehingga habis majlis tersebut.
Jadi setelah melihat abang saudaraku menerima ijazah beliau, kami pun turun ke bawah untuk mengisi perut yang telah berkeroncong.
Setelah habis menjamu selera, saya ke kedai bunga untuk membeli bunga tanda tahniah kepada abang saudaraku.
Hajat nak beli sejambak bunga, tapi tengok harga sejambak bunga tu, baik lagi dilaburkan ke McDonald.
Dapat juga 3 orang lunch sama2.
Akhirnya saya hanya membeli sekuntum bunga dan
1 plush toy Pooh yang pakai baju gradution.

Sorry la, nama pun perempuan, hadiah pun ada ciri2 hawa gak.
Selesai majlis graduasi, topi mereka telah menjadi mangsa lambung2.
Dah dilambung2, satu kerja lagi nak mencari topi yang dipakai tadi.
Memang dah jadi tradisi graduation kot.
Seronok melihat kegembiraan yang terpancar di muka
ayah & mak saudara.
Muka si graduan tak payah cerita la.
I am always going to wish all the best for you in your life brother.

No comments:
Post a Comment